Monday, September 14, 2009

Barah Sistem Limfa

Hari ini, 15 sEPTEMBER genap 5 tahun sambutan hari kesedaran limfoma Sedunia sejak dilancarkan pada 2004. Untuk pengetahuan semua pada 2 hari yang lepas saya baru mengetahui apa itu LIMFONIA…dan saya kira perkataan LIMFONIA adalah asing bagi kita kecuali yang ada ahli keluarganya menghadapi penyakit ini.

Apa itu limfoma?
Limfoma ialah kanser pada sistem limfa.
Sistem limfa membentuk sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Ia membabitkan organ, duktus dan nodus limfa. Ia membawa cecair jernih dipanggil limfa.Komposisi limfa lebih kurang sama dengan plasma (cecair kuning pucat diperoleh daripada darah) tetapi kurang kandungan protein dan beberapa sel.

Sistem limfa ada di semua bahagian badan kecuali sistem saraf pusat (di tulang belakang).

Bahagian utama sistem limfa ialah sumsum tulang, limpa, kelenjar timus dan tonsil. Ia juga ada pada semua organ, termasuk jantung, paru-paru, hati, usus dan kulit.

Sistem limfa boleh diumpamakan sebagai jaringan perparitan yang membantu mengekalkan keseimbangan paras cecair badan dan melindungi badan daripada jangkitan.Sistem limfa membabitkan jaringan salur limfa yang membawa cecair jernih dipanggil limfa — mengandungi molekul protein, garam, glukos, urea dan bahan lain ke seluruh badan.

Antara FUNGSI sistem limfa ialah :
1) Mengutip cecair berlebihan daripada tisu badan dan mengembalikannya ke dalam darah.Proses ini penting kerana air, protein dan lain-lain bahan sentiasa ‘bocor’ daripada salur darah halus dan memasuki tisu badan. Jika sistem limfa tidak ‘mengutip’ cecair berlebihan ini, tisu akan membengkak.

2) Sistem limfa juga bertindak sebagai barisan pertahanan yang melindungi badan daripada bakteria, virus dan fungus yang boleh menyebabkan penyakit.Kuman ini ditapis di nodus limfa yang mengandungi sel darah putih (limfosit). Limfosit menghasilkan antibodi iaitu protein khas yang melawan dan memusnahkan kuman.

Nodus limfa berbentuk kacang, bersaiz antara beberapa milimeter ke satu hingga dua sentimeter. Ia bersambung dengan banyak salur limfa yang halus membawa cecair dari tisu. Nodus limfa boleh menjadi besar (bengkak) disebabkan jangkitan atau ketumbuhan.Dinding salur limfa yang halus (dipanggil kapilari) sangat telus. Jadi pergerakan cecair daripada tisu ke dalam salur kapilari limfa berlaku sepanjang masa.Tidak seperti sistem edaran darah, sistem limfa tiada tekanan dan ia bergerak dalam arah sehala secara perlahan-lahan ke arah nodus limfa.Limfa mengagihkan sel darah putih dan beberapa faktor penting ke seluruh badan. Ia juga berhubungan dengan sistem aliran darah untuk menyingkir cecair daripada sel dan tisu.Limfosit adalah komponen penting bagi sistem imun yang bertanggungjawab memusnahkan bahan asing seperti virus, bakteria atau fungus yang masuk ke dalam badan.Limfoma terjadi apabila limfosit tidak normal terbentuk terlalu cepat atau hidup terlalu lama. Bagi sel darah putih yang normal, jangka hayatnya kira-kira 120 hari saja.Sel limfosit ini boleh berkumpul pada nodus limfa atau pada mana-mana sistem limfa untuk membentuk tumor atau ketumbuhan.Punca sebenar limfoma tidak diketahui. Banyak pendapat mengaitkan bahan kimia tertentu yang digunakan dalam racun serangga dan pengawet kayu dengan limfoma.Malah, penerima organ yang mengambil ubat anti penolakan dan individu yang ada masalah daya ketahanan badan seperti penghidap jangkitan HIV juga boleh mendapat limfoma. Bagaimanapun, limfoma tidak berjangkit dan tidak diwarisi.Sehingga kini dianggarkan ada kira-kira sejuta pesakit kanser limfoma dengan lebih 360,000 kes baru dan 200,000 kematian setiap tahun. Sesetengah jenis limfoma sukar dikesan dan selalu disalah anggap dengan penyakit biasa seperti flu atau selesema.Walaupun limfoma antara kanser paling cepat merebak dengan satu juta pesakit dan 1,000 kes baru dikesan setiap hari di seluruh dunia, soal selidik antarabangsa mendapati:
· Hanya 49 peratus orang tahu mengenai fungsi nodus limfa
· Meskipun responden pernah mendengar perkataan limfoma, 52 peratus mengakui tidak tahu mengenainya
· Kira-kira 67 peratus responden tidak tahu limfoma adalah sejenis kanser yang mempunyai kadar pertumbuhan paling cepat di duniaLimfoma boleh berlaku pada semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak. Di Malaysia, Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Ketiga mengenai Insiden Kanser di Semenanjung Malaysia 2003-2005 mencatatkan limfoma antara 10 jenis kanser paling lazim. Insiden limfoma di kalangan lelaki ialah 6.2 % dan 3.4 % pada wanita berbanding semua jenis kanser.Perunding Haematologi, Dr Ng Soo Chin, berkata kanser ini terbahagi kepada dua iaitu:
· Limfoma Hodgkin — Ini adalah jenis limfoma yang jarang berlaku dan dikategorikan dengan kehadiran sel tumor tidak normal dipanggil sel Reed Sternberg yang tidak ditemui pada limfoma lain. Jika diberi rawatan sesuai, 75 peratus pesakit boleh sembuh.
· Limfoma bukan Hodgkin (NHL) — Ini adalah kanser paling lazim pada sistem limfa. Ia boleh dibahagikan kepada limfoma sel B (80 hingga 85 peratus) dan limfoma sel T (15 peratus). Limfoma NHL lebih kerap berlaku pada orang dewasa dan kes paling banyak dicatatkan dalam lingkungan umur 45 hingga 60 tahun.Walaupun ada lebih 30 jenis limfoma NHL, secara umumnya ia dibahagi kepada tiga kumpulan utama mengikut kadar pertumbuhan tumor sama ada perlahan, sederhana ke cepat dan sangat cepat.

Gejala limfomaSesetengah jenis limfoma sukar dikesan kerana kadangkala ia tidak menunjukkan gejala dan jika ada, ia sering disalah anggap sebagai penyakit biasa seperti selesema atau flu.Biasanya kes hanya dikesan secara tidak sengaja apabila seseorang menjalani pemeriksaan kesihatan atau ujian untuk penyakit lain.
· Nodus limfa pada leher, ketiak dan celah kangkang bengkak tetapi tidak sakit
· Berpeluh banyak pada waktu malam
· Demam berulang kali
· Berat badan menurun (turun 10 peratus dalam tempoh lebih enam bulan) dan hilang selera makan
· Batuk yang tidak berhenti dan sesak nafas
· Gatal seluruh badan tanpa sebab nyataTidak kira apa jenis kanser pun, kebanyakan pesakit sukar menerima hakikat mereka diserang penyakit berbahaya ini. Kebanyakan pakar berdepan cabaran besar untuk memaham dan meyakinkan pesakit serta ahli keluarga mereka bahawa limfoma adalah kanser yang boleh merebak.Justeru, ia perlu dirawat secepat mungkin supaya rawatan memberi hasil lebih baik. Pada masa sama sokongan keluarga dan rakan penting untuk membantu pesakit menjalani pemeriksaan serta rawatan.

Diagnosis dan rawatanRawatan untuk limfoma NHL bersifat individu dan berbeza antara pesakit. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis limfoma dihidapi (sama ada lambat atau cepat merebak), kes baru atau berulang, keadaan penyakit, umur dan tahap kesihatan pesakit secara keseluruhan.Presiden Persatuan Haematologi Malaysia ini berkata, perkara paling penting dalam rawatan limfoma ialah pesakit mendapat diagnosis (pengesahan) betul pada peringkat awal.Ini kerana strategi rawatan berbeza mengikut jenis kanser dihidapi. Selepas disahkan, limfoma perlu dirawat oleh pakar haematologi atau onkologi dan pada masa sama pesakit boleh memilih di mana mereka mahu mendapatkan rawatan.Pilihan terbaik ialah pusat di mana pesakit dirawat haematologi atau onkologi dengan sokongan jururawat onkologi terlatih, mempunyai perkhidmatan pengimejan, radioterapi, 24 jam perkhidmatan kecemasan, bank darah dan farmasi.“Ini penting kerana sesetengah pesakit limfoma mungkin sakit teruk atau mengalami komplikasi dalam tempoh rawatan. Ketika ini pakar haematologi memerlukan bantuan pakar lain.“Jika pusat rawatan itu juga ada kemudahan pemindahan sumsum tulang atau sel stem, itu lebih baik kerana limfoma boleh datang balik pada bila-bila masa dan kes seperti ini memerlukan pemindahan sel stem haemopoetik untuk membunuh penyakit,” katanya.Tujuan utama rawatan ialah menyembuhkan penyakit, memanjangkan tempoh bebas daripada penyakit dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Antara strategi rawatan digunakan kini ialah:
· Tunggu dan lihat: Kaedah ini hanya untuk limfoma yang menunjukkan perkembangan sangat perlahan dan pesakit mengalami sedikit atau tiada gejala langsung. Dalam tempoh ini pesakit perlu kerap berjumpa doktor dan segera memaklumkan doktor jika ada gejala baru muncul. Bagaimanapun, kewujudan ubat berkesan dengan sedikit kesan sampingan menjadikan pendekatan ini kurang menarik kerana kebanyakan pesakit dibelenggu kebimbangan.
· Kemoterapi: Ubat kemoterapi bertujuan membunuh sel limfoma di seluruh badan. Ada banyak jenis ubat kemoterapi untuk merawat kanser. Jenis ubat bergantung kepada jenis kanser dihidapi.Pesakit boleh diberi rawatan kemoterapi saja tetapi biasanya doktor menggabungkan beberapa kaedah seperti ubat kemoterapi dan antibodi monoklonal. Pesakit mungkin alami kesan sampingan sementara kemoterapi seperti mual, muntah, keguguran rambut dan jumlah darah yang rendah.
· Antibodi monoklonal: Ini adalah ubat kelas baru yang menukar sepenuhnya kaedah rawatan limfoma NHL. Antibodi monoklonal yang digunakan untuk merawat limfoma ialah rituximab; ia memusnahkan sel limfosit B saja. Ubat ini kurang kesan sampingan berbanding terapi kanser yang lain.
· Radiografi (radiasi): Sinar-X bertenaga tinggi digunakan untuk membunuh sel limfoma dan hanya untuk kanser yang berkumpul pada satu atau dua tempat.
· Transplan: Transplan atau pemindahan sel stem haemopoetik (sel induk yang menghasilkan semua jenis sel darah) antara rawatan pilihan untuk pesakit limfoma NHL yang agresif atau penyakit menyerang semula.Kaedah rawatan biasanya membabitkan pemberian ubat kemoterapi pada dos tinggi yang memusnahkan sumsum tulang dan semua sel kanser. Sumsum tulang yang musnah kemudian diganti dengan sel stem haemopoetik yang diambil sebelum kemoterapi.


Harapan baruMenurut Dr Ng, perkembangan dunia perubatan membantu proses pengesanan dan klasifikasi limfoma dengan tepat. Perkembangan ini memang dinanti kerana ia bukan saja mampu membantu doktor merangka pelan rawatan bersesuaian, malah tindak balas pesakit terhadap rawatan juga lebih baik.Antara perkembangan itu ialah:
· Ujian makmal menggunakan kaedah Immunohistokemistri (IHC) — membolehkan pengesanan yang tepat dan jika dirawat awal, pesakit ada peluang lebih baik untuk sembuh.
· Pengimejan seperti Imbasan CT dan PET membantu pakar haematologi mengesan peringkat kanser dan merancang rawatan sesuai.
· Kehadiran penjagaan sampingan lebih baik selepas kemoterapi seperti anti emetik dan antibiotik membolehkan pesakit menangani kesan sampingan kemoterapi dengan lebih baik.
· Hasil rawatan limfoma NHL meningkat jauh lebih baik dengan penggunaan antibodi monoklonal seperti rituximab yang diberi bersama kemoterapi bagi limfoma NHL bersifat perlahan atau agresif. Ramai pesakit sembuh dan hidup lebih lama.
· Pemindahan sel stem haemopoetik memberi harapan baru kepada pesakit yang menghidap limfoma agresif atau yang menyerang semula.
· Agen terapi baru seperti zevalin iaitu radioimunoterapi yang tindakannya hanya tertumpu kepada sel limfoma saja (tiada kesan pada sel normal) menjadikan rawatan lebih baik.
· Penerimaan di kalangan pakar perubatan bahawa limfoma memerlukan regimen rawatan khas. Contohnya limfoma Burkitt perlu dirawat secara intensif sama seperti leukemia, manakala limfoma sistem saraf pusat pula memerlukan agen kemoterapi yang boleh menembusi halangan salur darah pada otak untuk sampai terus ke kawasan kanser.Namun, kata Dr Ng, yang penting ialah kesediaan pesakit menerima rawatan secepat mungkin. Pesakit perlu mendapatkan penjelasan terperinci daripada doktor mengenai komplikasi yang mungkin dialami sepanjang sesi rawatan kemoterapi.Doktor juga perlu dimaklumkan jika pesakit mahu mengambil makanan tambahan kerana ia boleh memberi kesan sampingan. Pesakit perlu mematuhi temujanji susulan supaya doktor boleh memantau perkembangan mereka sepanjang tempoh rawatan.“Pesakit boleh mendapat banyak maklumat mengenai pelbagai aspek pengurusan limfoma daripada Internet. Ini memudahkan mereka memahami penyakit dan bertanya doktor jika ada kemusykilan. Rawatan akan lebih berkesan jika pesakit patuh kepada peraturan rawatan dan paling penting sentiasa berfikiran positif,” katanya.

4 comments:

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

jusinfiniti said...

Penawar kanser dan herba: Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
..
.merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi

NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

jusinfiniti said...

Salam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 017468 7570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

jusinfiniti said...

Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser